Tuesday, July 5, 2011

lawak gelakkkkkkkkkkkkkkk

ujian air kencing

sebaik mengambil tempat duduk di ruang menunggu di sebuah klinik, nazri terpandang sahrum sedang menangis teresak-esak. dia segera mendekati sahrum.

nazri: "kenapa menangis"
sahrum: "saya dtg untuk ujian darah.."
nazri: "awak takut ke?"
sahrum: "bukan itu sebabnye, ketika ujian darah dijalankan meraka memotong jari saya"

mendengar penjelasan sahrum, nazri pula menangis.

sahrum: "eh... kenapa pula awak menangis?"
nazri: "saya datang ni untuk ujian air kencing.."



siapa bodoh

seorang profesor melangkah penuh bergaya menuju ke kuliahnya. dia hendak menguji pelajarnya mengenai kelemahan diri.

Dia bertanya, "siapa yang merasakan dirinya bodoh, sila berdiri". semua pelajar diam. Ada yang senyum,

Tidak lama kemudian, seorang pelajar bangun. profesor berkata:"0oohh....jadi awak mengakulah diri awak ini bodoh?"

pelajar:"bukan....sebenarnya saya tidak sanggup lihat profesor seorang saja yang berdiri"